Darah palsu dilihat dalam tiub ujian dengan label Covid-19 dalam ilustrasi yang diambil pada 17 Mac 2020. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

Berganding bahu di peringkat sejagat tewaskan Covid-19

KUALA LUMPUR, 24 JUN: Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir memberikan taklimat kepada sekumpulan duta negara luar mengenai pendekatan yang diambil dalam mengurus dan mengekang penularan Covid-19 di Malaysia, semalam.

Menurut kiriman di laman Facebook Dr Noor Hisham malam tadi, kumpulan duta yang diberi taklimat itu termasuk dari Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun dan Singapura.

Beliau berkata negara-negara itu boleh bekerja di peringkat sejagat untuk meratakan lengkung dan menewaskan musuh yang tidak nampak ini (Covid-19).

Dr Noor Hisham juga berkongsi satu tangkap skrin daripada satu “tweet” U.S. Embassy KL yang menyebut, “Sebagaimana rakyat Malaysia (dan seluruh dunia, secara terus-terang) sudah menjangkakan, kami mendengar satu taklimat yang hebat daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham.”

– BERNAMA


Pengarang :