Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (tengah) ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 12 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 10 kes baharu, 140 pesakit pulih

SHAH ALAM, 17 JUN: Sebanyak 10 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 8,515 kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah keseluruhan kes itu sebanyak 521 daripadanya adalah kes aktif.

“Daripada 10 kes baharu, tujuh kes melibatkan rakyat negara ini manakala tiga kes melibatkan warga asing.

“Hari ini juga seramai 140 kes telah pulih menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 7,873 kes atau 92.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak empat pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala jumlah kematian kekal 121 kes bersamaan 1.42 peratus jumlah keseluruhan.


Pengarang :