Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 37 kes baharu, 19 babit warga asing

SHAH ALAM, 6 JUN: Sebanyak 37 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini dengan lapan daripadanya kes import, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 29 kes penularan tempatan hanya 10 membabitkan warganegara manakala 19 lagi warga asing.

“Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan 8,304 kes dan 1,552 kes aktif dengan kebolehjangkitan.

“Setakat jam 12 tengah hari tadi, 25 kes disahkan pulih dan dibenarkan keluar hospital. Kes sembuh adalah 6,635 iaitu 79.9 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata satu kematian baharu dilaporkan membabitkan wanita berusia 79 tahun menjadikan keseluruhan 117 kes.

“Mangsa adalah kontak rapat kes ke-1,508 dan disahkan meninggal dunia semalam.

“Lima kes dirawat di Unit Rawatan Rapi namun tiada pesakit memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.


Pengarang :