Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 11 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Enam kes baharu, jumlah pesakit pulih meningkat

SHAH ALAM, 19 JUN: Kes sembuh dari Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 94.6 peratus menjadikan jumlah keseluruhan 8,070 orang, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 70 kes pulih hari ini sementara enam kes baharu wabak dikesan.

“Daripada jumlah positif itu, dua adalah kes import dan empat lagi adalah penularan tempatan membabitkan warganegara Malaysia.

“Tiada kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlahnya kekal 121 kes,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Sehingga kini sebanyak tiga kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.


Pengarang :