Petugas dari Pejabat Kesihatan Kuala Langat mengambil sampel saringan Covid-19 ke atas seorang warga asing di Pangsapuri Langat Utama pada 1 Jun 2020. FOTO: BERNAMA
AGENSISELANGOR

Covid-19: Hanya dua mukim di Selangor dalam zon merah

SHAH ALAM, 1 JUN: Mukim dikategorikan zon merah di Selangor berkurang menjadi dua hari ini berbanding tiga semalam selepas Hulu Langat bertukar status ke zon kuning apabila mencatat 35 kes aktif Covid-19.

Menerusi infografik Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) dua mukim yang kekal dalam zon berbahaya ialah Semenyih, Hulu Langat dengan 68 kes aktif manakala Labu, Sepang (60).

“Mukim Hulu Langat bertambah baik menjadi zon kuning pada hari ini. Kini hanya tinggal dua saja mukim berlabel zon merah.

“Pastikan norma baru seperti penjarakan sosial, jaga kebersihan dan memakai pelitup muka sentiasa diamalkan. Keselamatan, kesihatan dan nyawa anda sentiasa diutamakan,” tulisnya di Facebook.

Bagi peringkat daerah pula, Sabak Bernam kekal menjadi daerah tunggal di negeri ini diklasifikasikan sebagai zon hijau susulan tiada kes aktif dikesan sejak 28 Mei lalu.

Enam daerah dilabel zon kuning ialah Petaling dan Kuala Langat (20), Gombak (17), Hulu Selangor (12), Klang (tujuh) dan Kuala Selangor (lima).


Pengarang :