Pengguna Bas Smart Selangor memakai pelitup muka ketika tinjauan SelangorKini di perhentian bas Bandar Baru Ampang pada 3 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSI SELANGOR

Covid-19: Hulu Langat, Sepang kekal zon merah, Sabak Bernam hijau

SHAH ALAM, 3 JUN: Hulu Langat dan Sepang masih kekal sebagai zon merah di Selangor, sementara Sabak Bernam terus pulih sebagai zon hijau, demikian mengikut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Menerusi data berkenaan, Hulu Langat mencatatkan 115 kes aktif dan Sepang dengan 66 kes aktif.

Sementara Klang dan Kuala Selangor mencatatkan penurunan kes aktif serta berada dalam zon kuning.

Hari ini Selangor mencatatkan dua kes baharu dengan jumlah keseluruhan wabak Covid-19 ialah 1,928.


Pengarang :