Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 1 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Kes baharu 93, hanya dua kes babit warganegara

SHAH ALAM, 3 JUN: Kes baharu positif Covid-19 melonjak kepada 93 kes hari ini berbanding 20 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 7,970, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata namun majoriti kes baharu terdiri daripada warga asing dengan 55 kes daripada Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan 36 dari Kluster pedas Negeri Sembilan.

Sementara dua lagi kes melibatkan warganegara dan tiada kes jangkitan wabak dari luar negara dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari ini.

“Dilaporkan seramai 61 pesakit pulih menjadikan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya adalah 6,531 kes.

“Tiada kes kematian dilaporkan hari ini disebabkan Covid-19 untuk 12 hari berturut-turut sejak 23 Mei lalu menjadikan jumlah kumulatif kekal 115 kes,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata seramai enam pesakit kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.


Pengarang :