Petugas dari Pejabat Kesihatan Kuala Langat mengambil sampel saringan Covid-19 ke atas seorang warga asing di Pangsapuri Langat Utama pada 1 Jun 2020. FOTO: BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Kes baharu di Selangor turun dua hari berturut-turut

SHAH ALAM, 2 JUN: Selangor mencatatkan penurunan kes baharu positif Covid-19 selama dua hari berturut-turut apabila enam kes dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari ini berbanding 11 kes semalam.

Menerusi data perkongsian Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) di Twitter, jumlah keseluruhan kes wabak itu di negeri ini sebanyak 1,926.

“Virus Covid-19 masih berada dengan kita, amalkan norma baru yang menjadi pertahanan terbaik kita ada,” kata agensi itu.

Hari ini Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 20 kes baharu dicatatkan menjadikan jumlah terkumpul 7,877 kes.

Sementara 66 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif yang telah pulih sepenuhnya adalah 6,470 kes.


Pengarang :