Petugas Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Langat mengambil sampel cecair mulut dan hidung penduduk setempat di Taman Langat Murni, Kuala Langat pada 4 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Kes baharu di Selangor turun dua hari berturut-turut

SHAH ALAM, 14 JUN: Selangor merekodkan penurunan kes baharu Covid-19 selama dua hari berturut-turut apabila hanya dua kes dilaporkan hari ini berbanding tujuh kes semalam.

Mengikut data Bilik Gerakan Negeri Selangor, dua kes berkenaan membabitkan kes import yang mendapat jangkitan dari Pakistan.

Sementara itu data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan jumlah keseluruhan kes di negeri ini sehingga jam 12 tengah hari sebanyak 1,996.

“Corak kes baharu dibanding semalam menurun. Warga Selangor tetap perlu berdisiplin norma baharu. Jangan beri peluang kepada Covid-19,” katanya menerusi Twitter.

Malaysia mencatatkan lapan kes baharu positif Covid-19 dan menunjukkan perkembangan positif apabila kes aktif dengan kebolehjangkitan turun kepada tiga digit, berbanding lebih 1,000 kes sebelum ini.


Pengarang :