Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Kes baharu turun, 10 pesakit dibenar pulang

SHAH ALAM, 22 JUN: Jumlah kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini turun kepada 16 berbanding 21 semalam, katanya ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga daripadanya adalah kes import membabitkan dua rakyat Malaysia dan satu bukan warganegara pemastautin tetap sehingga jam 12 tengahari tadi.

“Baki 13 kes lagi penularan dalam negara iaitu sembilan bukan warganegara manakala empat kes dalam kalangan rakyat tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata 10 pesakit sembuh hari ini menjadikan jumlah yang pulih 8,156 kes atau 95.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, tiga kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dan tiada yang memerlukan bantuan pernafasan dan jumlah kematian kekal 121 orang.

Keseluruhannya, Malaysia mencatatkan 8,572 kes dengan 295 kes aktif kebolehjangkitan.

Dr Noor Hisham berkata Negeri Sembilan mencatatkan penularan kes dalam negara tertinggi dengan enam diikuti masing-masing dua kes di Selangor dan Sarawak.

Selain itu, jangkitan dalam negara turut dilaporkan dengan setiap satu kes di Sabah, Melaka dan Johor.


Pengarang :