Petugas kesihatan meletakkan sampel calitan di dalam tiub selepas membuat ujian saringan Covid-19 di Gombak pada 22 April 2020. Foto AFP
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Kes baharu turun, catat satu kematian

SHAH ALAM, 6 JUN: Kes Covid-19 di negara ini turun semula kepada dua angka iaitu 19 kes dengan tujuh daripadanya membabitkan kes import, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penularan tempatan pula membabitkan sembilan warganegara manakala tiga lagi warga asing.

“Ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah 8,266. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,540 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Sehingga kini, sebanyak enam kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dan satu memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 51 pesakit lagi berjaya sembuh menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih seramai 6,610 orang atau 80 peratus.

Beliau turut memaklumkan satu lagi kematian membabitkan lelaki warganegara Malaysia berusia 61 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 116 kes atau 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya lagi.


Pengarang :