Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap ketika sidang media harian berkenaan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 26 Mac 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dua kes positif baharu Covid-19, angka terendah semasa PKP

SHAH ALAM, 10 JUN: Hanya dua kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini tanpa membabitkan penularan kes dalam kalangan rakyat tempatan, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu adalah terendah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu menjadikan kes keseluruhan di seluruh negara adalah 8,338 dengan 1,206 kes aktif kebolehjangkitan.

“Ingin dimaklumkan daripada dua kes baharu dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan satu kes penularan di dalam negara dicatatkan di Kuching, Sarawak iaitu kes saringan kepada kontak rapat kes 8,303,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, seramai 39 individu disahkan sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah setakat ini 7,014 kes.

Bagaimanapun, terdapat pertambahan satu kes kematian membabitkan warganegara Malaysia berusia 61 tahun yang mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling dan kini jumlah keseluruhan meningkat 118.

Di samping itu, terdapat lima kes positif wabak sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan bantuan pernafasan.


Pengarang :