AGENSISELANGOR

Empat kawasan di Petaling dijangka alami gangguan air

SHAH ALAM, 24 JUN: Empat kawasan di wilayah Petaling iaitu Kampung Malaysia, Desa Petaling, Salak Selatan dan Kampung Baru Salak Selatan dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan insiden itu susulan paip pecah berpunca dari pihak ketiga di tepi Lebuh raya Besraya berhampiran Kondominium Kenswington Avenue, Sungai Besi.

“Kerja pembaikan kini sedang giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 8.45 pagi esok (25 Jun). Bekalan air akan disalurkan sebaik sahaja kerja baik pulih siap dilaksanakan,” kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Katanya, bantuan air melalui lori tangki ke kawasan terlibat digerakkan bagi membantu pengguna terjejas.

Status bekalan air boleh disemak melalui media sosial, aplikasi Air Selangor atau pautan www.airselangor.com.


Pengarang :