Selangor Fruit Valley yang dibuka sejak 15 September sedia menerima lebih ramai pengunjung. Foto Facebook YB Ir Izham Hashim
EXCOSELANGOR

EXCO: Lebih 12 tanaman sokongan miliki potensi pasaran meluas

SHAH ALAM, 24 JUN: Selangor mengenal pasti lebih 12 jenis tanaman sokongan yang berpotensi untuk dipasarkan secara meluas, kata EXCO pertanian.

Ir Izham Hashim berkata tanaman tersebut antaranya durian, durian belanda, nanas MD2, halia, cendawan, pisang cavendish, roselle, melon bernilai tinggi, kelapa pandan atau matag.

“Di Selangor Fruits Valley (SFV) kita usahakan hampir 400 ekar durian bermutu tinggi manakala durian belanda di kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan Selangor kelolaan Jabatan Pertanian Selangor,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

SFV di Rawang adalah sebuah ladang buah-buahan tropika berkeluasan 646 hektar yang memiliki tanaman seperti belimbing, jambu batu, rambutan, pulasan dan betik.

Ladang itu diwujudkan bagi menyahut hasrat Kerajaan Negeri memodenkan sektor pertanian supaya lebih berdaya maju dan komersial.


Pengarang :