AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Gangguan bekalan air di Klang, Kuala Langat pulih

SHAH ALAM,12 JUN: Gangguan bekalan air tidak berjadual sekitar Klang dan Kuala Langat disebabkan paip pecah berhampiran Restoran KFC, Jalan Langat pulih sepenuhnya pagi ini, kata ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

“Terima kasih kepada pengguna kerana memberi kerjasama baik kepada warga kerja Air Selangor yang bertugas sepanjang misi bantuan dijalankan,” kata Elina Baseri.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya menggunakan air secara berhemat selain memuat turun aplikasi Air Selangor untuk menyemak sebarang info.

Kelmarin, paip pecah berlaku ekoran kerja pengorekan oleh pihak ketiga di lokasi berkenenaan. Bagaimanapun kerja pembaikan dijadualkan siap semalam tidak dapat dibuat kerana kedalaman paip melebihi dua meter dalam tanah dan memerlukan pengukuhan ruang pembaikan.

Berikutan itu, Air Selangor menggerakkan lori tangki bagi membantu penduduk terjejas.


Pengarang :