Penanaman padi wangi MRQ 88 di Sekinchan, Selangor. Foto Facebook Ng Suee Lim
ADNSELANGOR

Hasil padi wangi MRQ 88 dijangka memuaskan

SHAH ALAM, 17 JUN: Musim pertama tanaman padi wangi MRQ 88 dijangka menghasilkan pengeluaran yang memuaskan, kata Ahli Dewan Negeri Sekinchan.

Ng Suee Lim berkata, berikutan itu lebih ramai petani akan menanamnya pada masa akan datang berbanding kurang sepuluh ketika ini.

“Setakat pemantauan di lapangan memang dijangka berjaya menghasilkan pengeluaran yang memuaskan. Kita tunggu dan lihat,” katanya ketika mengulas mengenai tanaman padi wangi MRQ 88 di Sekinchan.

Penanaman padi wangi MRQ 88 di Sekinchan, Selangor. Foto Sumber: YB Ng Suee Lim

Menurut Suee Lim, benih padi wangi yang diperoleh daripada Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) itu mengambil tempoh tuaian hasil lebih lama sekitar 125 hari berbanding 110 hari untuk padi biasa.

Mula dibangunkan pada 2003 menggunakan induk popular daripada Filipina iaitu IR 841 dan MRQ 74, padi wangi 88 merupakan hasil penyelidikan ke-45 Mardi dalam penghasilan beras baharu bagi mengukuhkan industri beras wangi negara.


Pengarang :