Pengarah Jais, Shahzihan Ahmad. Foto SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Jais: Majlis akad nikah masih melalui sidang video

SHAH ALAM, 1 JUN: Majlis akad nikah di negeri ini masih dijalankan melalui kaedah sidang video sehingga terdapat perubahan yang akan dimaklumkan kelak, kata pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Mohd Shahzihan Ahmad berkata ia selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan perdana menteri tempoh hari bagi mengekang penularan Covid-19.

“Akad nikah menerusi sidang video hanya melibatkan pengantin lelaki dan perempuan manakala wali serta dua saksi berada di rumah pengantin perempuan.

“Pendaftar perkahwinan pula menyaksikannya dilaksanakan wali menerusi sidang sama dari Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shahzihan berkata ketetapan itu masih kekal kepada pasangan yang mendapat Kebenaran Berkahwin dengan alasan munasabah serta diluluskan untuk melaksanakan perkahwinan sepanjang PKPB.


Pengarang :