Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 4 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kanak-kanak terdedah asap rokok berisiko tinggi dijangkiti virus

SHAH ALAM, 4 JUN: Kanak-kanak yang terdedah dengan asap rokok berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 dan berdepan implikasi kesihatan lain, kata ketua pengarah kesihatan.

“Sekiranya mereka dijangkiti (Covid-19), memang terdapat implikasi sama seperti perokok,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menjelaskan kanak-kanak tersebut dipanggil perokok pasif.

Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, beliau turut menggalakkan masyarakat menghentikan tabiat merokok dan menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan nasihat.

Pada 31 Mei lalu, analisis KKM mendapati jumlah kes kematian disebabkan Covid-19 dalam kalangan perokok lebih tinggi iaitu 17.6 peratus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam kenyataan pada 27 Mei lalu mendapati perokok berisiko tinggi mendapat komplikasi lebih teruk jika dijangkiti virus berkenaan.


Pengarang :