Mohd Khairuddin Othman ketika ditemui media selepas upacara pelepasan (Flag off) peringkat ke-5 Le Tour De Langkawi 2020 di Kuala Kubu Bharu pada 11 Februari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Karnival Padanan Kerjaya jejak individu terjejas susulan Covid-19

SHAH ALAM, 5 JUN: Karnival Padanan Kerjaya (Job Matching Fair) akan dilaksanakan secara meluas di seluruh negeri bagi membantu individu yang hilang pekerjaan susulan pandemik Covid-19.

EXCO pembangunan modal insan berkata karnival tahunan itu turut mendapat kerjasama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Sebelum ini kita pernah tawar lebih 5,000 peluang pekerjaan tetapi sekarang kita tidak tahu siapa ada kerja atau tidak, justeru kita minta MTUC dan Perkeso bantu semak golongan yang terjejas,” kata Mohd Khairuddin Othman melalui siaran langsung di Facebook.

Beliau yang membincangkan isu Covid-19: Cabaran Generasi Muda Pasca Pandemik memaklumkan Pemerbadanan Menteri Besar dan Giatmara turut merencana beberapa strategi bagi membantu golongan terjejas.

Kadar pengangguran di Malaysia dijangka meningkat kepada 5.5 peratus atau 860,000 orang tahun ini berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia.

Sehingga Mac lalu, angka berkenaan diunjur pada paras 3.9 peratus atau sekitar 610,000 orang berikutan penularan Covid-19 yang masih dijalankan di peringkat global dan dalam negara.


Pengarang :