Petugas keselamatan menyukat suhu jemaah yang mendapat kebenaran khas menunaikan solat Jumaat di Masjid Diraja Sultan Suleiman Klang pada 19 Jun 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kes aktif Covid-19 di Selangor turun

SHAH ALAM, 20 JUN: Selangor menunjukkan penurunan kes aktif Covid-19 agak ketara dalam tempoh seminggu apabila 140 kes yang direkodkan pada 13 Jun lalu turun kepada 50 kes semalam.

Mengikut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), kes aktif tertinggi wabak itu berlaku di Sepang dengan 10 kes, diikuti Hulu Langat dan Gombak masing-masing sembilan kes.

Ia disusuli Kuala Selangor dan Kuala Langat sebanyak tujuh kes aktif, Petaling dan Sabak Bernam tiga kes dan Klang hanya dua.

Pada masa sama, Hulu Selangor kekal menjadi zon hijau dan lapan lagi daerah lain sebagai zon kuning.


Pengarang :