Petugas Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Langat mengambil sampel cecair mulut dan hidung penduduk setempat yang hadir membuat saringan Covid-19 di Taman Langat Murni, Kuala Langat pada 4 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kes aktif Covid-19 di Selangor turun

SHAH ALAM, 19 JUN: Kes aktif Covid-19 di Selangor semalam turun kepada 53 berbanding 57 kes kelmarin, menurut data Bilik Gerakan Negeri.

Penurunan empat kes dicatatkan di Kuala Langat yang kini berbaki tujuh kes aktif.

Sepang kekal merekodkan kes aktif tertinggi dengan 13 kes, Gombak (sembilan) dan Hulu Langat (sembilan), Kuala Selangor (tujuh), Petaling dan Sabak Bernam (tiga) serta Klang (dua).

Selangor merekodkan dua kes baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,006 kes. Satu kes dikesan di Hulu Langat dan satu lagi kes import membabitkan rakyat Malaysia yang pulang dari Qatar.

Semalam, Malaysia merekodkan 14 kes baharu dengan tiga daripadanya kes import dan 11 penularan tempatan.


Pengarang :