Penumpang Bas Smart Selangor mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di hentian Pusat Bandar Shah Alam pada 3 Jun 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes baharu Covid-19 di Selangor kekal dua

SHAH ALAM, 4 JUN: Kes baharu Covid-19 di negeri ini kekal dua seperti semalam, dengan keseluruhan kes 1,930 sehingga 12 tengah hari tadi.

Selangor merekodkan kes harian satu angka selama tiga hari berturut-turut sejak kelmarin. Pada 2 Jun lalu, sebanyak enam kes dicatatkan.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor terus mengingatkan orang ramai supaya peka terhadap situasi semasa jangkitan wabak.

“Corak kes baharu dibanding semalam kekal sama. Sentiasa peka dengan situasi terkini jangkitan Covid-19 dengan mengikuti kemas kini dari STFC,” tulis pasukan itu di Twitter petang tadi.

Sebanyak 277 kes dilaporkan hari ini dengan 271 daripadanya membabitkan warga asing, empat warga tempatan manakala dua lagi kes import warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara.

Jumlah kematian kekal 115 dalam tempoh 13 hari berturut-turut sejak 23 Mei lalu.


Pengarang :