Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 28 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes mendadak babit tahanan depoh, bukan rakyat tempatan

SHAH ALAM, 6 JUN: Jangkaan peningkatan mendadak kes Covid-19 membabitkan rakyat tempatan susulan sambutan Aidilfitri meleset sebaliknya berlaku dalam kalangan warga asing di Depoh Tahanan Imigresen (DTI).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata situasi itu tidak perlu dibimbangi memandangkan warga asing terbabit dikawal rapi dan sudah diasing serta dikuarantin dua minggu lepas.

“Sekarang kita laksanakan ujian saringan kedua namun perlu tingkatkan kawalan di DTI selain melihat pada tahanan polis serta penjara,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kemungkinan tiada lagi peningkatan mendadak kes positif virus itu di DTI selepas ini.

“Kita juga sudah nasihat Imigresen (Jabatan Imigresen Malaysia) untuk bawa kes (individu) negatif pulang ke negara masing-masing,” katanya.

 


Pengarang :