AGENDANASIONAL

Kes rendah faktor khidmat gunting rambut dibenar beroperasi

SHAH ALAM, 6 JUN: Jumlah kes positf Covid-19 tidak mendadak ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini antara faktor khidmat gunting rambut dibenarkan beroperasi kembali, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya kerajaan dapat mengawal pandemik itu, sudah tiba masa untuk membolehkan lebih banyak sektor dibuka mengikut tatacara operasi piawai (SOP).

“Kini kita pantau SOP dan tetap akan pantau pelaksanaan pematuhannya nanti.

“Pada 10 Jun akan dibenar premis gunting rambut dibuka dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) akan pantau kes naik atau turun,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian memaklumkan perkhidmatan gunting serta dandanan rambut dibenarkan beroperasi semula 10 Jun ini dengan SOP ketat.

Bagaimanapun, warga emas 60 tahun ke atas diwajibkan membuat temujanji sementara kanak-kanak bawah 12 tahun perlu memakai alat pelindung diri dan apron pakai buang.


Pengarang :