Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan watikah pelantikan kepada ketua kampung tradisi di seluruh negeri pada 24 Jun 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Ketua kampung wanita tunjuk prestasi baik, tolak cabaran emosi

SHAH ALAM, 28 JUN: Lima ketua kampung wanita di negeri ini berjaya menunjukkan prestasi cemerlang di sebalik cabaran kawalan emosi dan penafian hak.

EXCO pembangunan luar bandar berkata kejayaan diukur melalui penilaian bintang dan kerjasama dengan ahli jawatankuasa di kawasan masing-masing.

“Cabaran wanita sebagai pemimpin di kampung berbeza dengan bidang korporat, justeru elemen ini perlu diberi perhatian kerana ia menentukan kelancaran urus tadbir.

“Setakat ini, semua ketua kampung baik lelaki mahupun wanita menjalankan tugas dengan baik,” kata Rodziah Ismail ketika dihubungi SelangorKini hari ini.

Seramai 371 ketua kampung dilantik di seluruh negeri bagi sesi 2018/2020 yang berkhidmat mulai 1 Oktober 2018 hingga 31 Disember 2020.

Selangor muncul negeri pertama melantik ketua kampung wanita selaras hasrat memberdaya golongan itu sebagai pembuat keputusan.


Pengarang :