Dr Siti Mariah Mahmud beramah mesra bersama penerima sumbangan Program Jom Jelajah Kampung Dalam Bandar MPSJ di Kampung Tengah, Puchong pada 20 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGORWANITA & KEBAJIKAN

Khidmat i-Asuh boleh ditawar semula kepada ibu bapa bekerja – EXCO

PUCHONG, 20 JUN: Pengasuh berdaftar menerusi program i-Asuh di negeri ini boleh menawarkan semula perkhidmatan itu kepada ibu bapa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

EXCO kebajikan berkata ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak mereka ke rumah pengasuh tidak perlu bimbang kerana penjaga akan menjalani saringan Covid-19.

“Apabila Taska (Taman Asuhan Kanak-Kanak) dibenarkan beroperasi semula, saya beri cadangan untuk mereka berpengalaman mengasuh boleh guna semula (khidmat asuhan) kepada ibu bapa yang kembali bekerja,” kata Dr Siti Mariah Mahmud selepas program Jom Jelajah Kampung Dalam Bandar MPSJ di Kampung Tengah Puchong di sini hari ini.

Sementara itu, beliau menjangkakan sukar untuk mencapai sasaran 1,000 pengasuh berdaftar dengan sistem pangkalan data i-Asuh tahun ini berikutan kebanyakan suri rumah tidak sanggup melaksanakan tugas berkenaan.

“Idea kita adalah untuk mencari individu (suri rumah) yang memerlukan dan memiliki kemahiran mengasuh,” katanya.

I-Asuh dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor diwujudkan bagi memberi keyakinan kepada ibu bapa mencari pengasuh berpengalaman dan sah.

Program itu juga bertujuan memudahkan penjaga serta mengelak kejadian tidak diingini demi keselamatan.


Pengarang :