Air di Kolam Tadahan Aman Perdana 5 dan 7, Klang bertukar kebiruan akibat pencemaran. Foto Facebook MPK
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Kilang cetak dikompaun, punca kolam tadahan tercemar

SHAH ALAM, 22 JUN: Sebuah kilang di Aman Perdana, Klang dikenakan notis dan kompaun selepas dipercayai menyebabkan pencemaran di kolam tadahan berhampiran.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata siasatan pada 19 Jun lalu mendapati air di Kolam Tadahan Aman Perdana 5 dan 7 bertukar kebiruan, namun tidak menemui punca.

“Kilang terbabit didapati menjalankan percetakan secara sah tetapi tiada lesen bagi aktiviti gudang dan pejabat urusan,” kata Norfiza Mahfiz dalam kenyataan.

Katanya, satu notis dikeluarkan oleh MPK mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian 2007 sementara dua kompaun oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2015.


Pengarang :