Penguat kuasa KPDNHEP memeriksa premis di Shah Alam yang didakwa mejual kiub berasaskan khinzir. Foto Facebook KPDNHEP Selangor
AGENSISELANGOR

Kiub disangka khinzir rupanya pati ayam

SHAH ALAM, 15 JUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menafikan dakwaan sebuah pasar raya menjual kiub berasaskan khinzir yang tular di media sosial.

Berdasarkan pemeriksaan semalam, premis yang beroperasi di Shah Alam didapati hanya menjual kiub pati ayam, pati ikan bilis, pati tom yam dan pati lembu.

“Menurut maklumat diterima daripada pengurus pasar raya, sebelum ini barangan tersebut ada yang diimport dari luar negara, namun dilupuskan sejak September tahun lalu kerana tamat tempoh,” kata KPDNHEP di Facebook.

Justeru, agensi tersebut mencadangkan pengurusan pasar raya membuat pemakluman kepada pelanggan di rak pameran bahawa produk itu tidak dijual di situ bagi mengelakkan salah faham.

KPDNHEP turut mengambil stok terakhir barangan tersebut bagi rekod siasatan.


Pengarang :