Pembantu perubatan memeriksa suhu badan orang awam sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Damai, Seksyen 7, Shah Alam pada 27 Mac 2020 sebagai langkah mencegah penularan Covid-19. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

KKM: 44 klinik swasta di Selangor sedia saringan Covid-19

SHAH ALAM, 22 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan 44 klinik perubatan swasta berdaftar di Selangor menyediakan kemudahan serta perkhidmatan saringan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua pusat perubatan itu diberi kebenaran sehingga 19 Jun lalu.

Senarai klinik berkenaan boleh dirujuk di laman Facebook Noor Hisham Abdullah dan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta termasuk orang ramai boleh mendapatkan lokasinya serta individu diiktiraf menjalankan ujian berkenaan.

Antara klinik tersenarai ialah Klinik Siti Bandar Salak Tinggi, Klinik Mediviron Puchong, Klinik Menara Bukit Jelutong, Poliklinik Kota Damansara Petaling Jaya dan Klinik Ng dan Singh di Rawang.

Ia disusuli Poliklinik Mediprima Balakong, Klinik Dr Suhaida Puncak Alam, Poliklinik Care Klang, Klinik Najat Shah Alam dan Klinik Ecosoul Setia Alam.

Setakat ini, sebanyak 150 klinik perubatan swasta di seluruh negara diberi kebenaran untuk melakukan saringan terbabit.

 


Pengarang :