AGENDANASIONAL

KKM: Kawal jumlah pengguna kolam renang, elak jangkitan virus

SHAH ALAM, 24 JUN: Jumlah pengguna di kolam renang awam perlu dikawal bagi mengelakkan jangkitan Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata wabak tidak tersebar melalui air, namun kesesakan di dalam kolam boleh menyumbang peningkatan kes.

“Bukan isu air dalam kolam tetapi kesesakan. Sekiranya kita boleh kawal bilangan individu dan menjaga jarak sosial, ia boleh terus dibuka,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Semua aktiviti di kolam renang dan pelancongan air iaitu di sungai, laut dan tasik kecuali taman tema dibenarkan beroperasi semula mulai 1 Julai dengan tatacara operasi piawai ketat.

Kolam renang yang dibenarkan adalah di hotel, kondominium, komuniti berpagar atau kawasan terkawal serta persendirian.


Pengarang :