Azmi Md Rejab, 57, (kiri) yang juga OKU cacat penglihatan mengurut tapak kaki pelanggan di pusat urutan tradisional dan refleksologi miliknya di Pekan Baling pada 25 Disember lalu. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KKM perhalusi garis panduan operasi pusat refleksologi

SHAH ALAM, 11 JUN: Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menyiapkan garis panduan bagi membolehkan pusat refleksologi dibuka semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah berkata perkara tersebut akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara sebelum kebenaran diberikan.

“Kalau boleh kita mahu buka semua sektor tetapi perlu pastikan jumlah kes harian tidak meningkat. Kalau boleh kekalkan dua atau satu angka dan turunkan lagi jumlah kes,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Semalam, Senator Ras Adiba Radzi meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan untuk membenarkan khidmat urut dan refleksologi dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) beroperasi semula.

Beliau berkata perniagaan tersebut antara sektor yang banyak menggunakan individu OKU bertugas sebagai juruterapi.


Pengarang :