Orang ramai mengekal jarak sosial dan menggunakan pelitup muka sebelum dibenarkan memasuki ke dalam permis di Kedai Barangan Kek, Bandar Baru Bangi pada 14 Jun 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Lima kes Covid-19 di Selangor – Noor Hisham

SHAH ALAM, 17 JUN: Sebanyak lima kes Covid-19 dikesan di Selangor dengan empat daripadanya melibatkan warga emas di pusat jagaan Kuala Selangor, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata satu kes lagi dikesan di Maahad Tarbiah Islamiah Al-Ansar, Bestari Jaya.

“Kes di Selangor ini adalah antara tujuh kes penularan tempatan melibatkan rakyat Malaysia hari ini. Dua kes lagi melibatkan masing-masing satu kes di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Hari ini Malaysia merekodkan 10 kes baharu Covid 19 manakala 140 kes telah pulih.

Selasa lalu Kementerian Kesihatan mengenal pasti satu kluster baharu melibatkan warga emas di sebuah pusat jagaan di Kuala Selangor.

Sebelum ini dua kes positif turut dikaitkan dengan kluster terbabit.


Pengarang :