AGENSISELANGOR

Mais sumbang RM88,800 bantu peniaga kecil bukan asnaf

SHAH ALAM, 4 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbangkan RM88,800 kepada 296 peniaga kecil bukan asnaf di bawah kategori B40 di negeri ini, kata setiausahanya.

Ahmad Shahir Makhtar berkata sumbangan daripada Tabung Prihatin Covid-19 itu bertujuan membantu mereka yang terjejas pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

“Agihan ini dilaksanakan Yayasan Islam Darul Ehsan dan bayaran RM300 setiap seorang sudah dikreditkan ke dalam akaun masing-masing dan kami harap dapat meringankan beban mereka terutama peniaga kecil yang hilang punca pendapatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mais turut menzahirkan terima kasih kepada orang ramai terutama penyumbang tabung dan semoga semua pihak berkenaan mendapat ganjaran Allah.


Pengarang :