Ilustrasi pasangan bernikah. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Majlis sosial, kenduri kahwin dibenar mulai 1 Julai, terhad 250

SHAH ALAM, 24 JUN: Penganjuran majlis sosial termasuk kenduri perkahwinan dan pertunangan dibenarkan dengan kapasiti tidak melebihi 250 individu bermula 1 Julai ini, kata menteri kanan (kluster keselamatan)

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran sama diberikan untuk tahlil, akikah, doa selamat, sambutan ulang tahun perkahwinan, hari jadi dan reunion (pertemuan semula).

“Bagaimanapun, kita mengehadkan masa supaya tidak terlalu lama iaitu selama tiga hingga lima jam sahaja.

“Kapasiti kehadiran kekal tidak melebihi 250 tetamu pada satu-satu masa selain tertakluk kepada saiz ruang lokasi diadakan, jika tempat itu kecil dan mampu tampung 150 orang serta penjarakan sosial sukar dibuat mungkin mengikut jumlah yang mampu dimuatkan sahaja,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata penyajian makanan dibenarkan hanya bufet sahaja dan pengunjung tidak boleh mengambil sendiri makanan tersebut.

“Makanan perlu dihidangkan oleh pramu saji sahaja dan dicadangkan supaya menghidangkan makanan di atas meja,” katanya.


Pengarang :