BUDAYARENCANA

Mat

Ada kiamat terbias di cermin matanya.

Buah catur teragak-agak
menghitung petak
Ada pertandingan
tapi bukan dengannya
Kerana di bibirnya
ada wisel sangkakala.

Dia diberhala bidak-bidak
yang mahu jadi permaisuri
Tapi di papan caturnya
Permaisuri tak selalu memilih warna petak.

Mat!
Sebiji raja terkejur
Salib di kepalanya patah.

Fakhrull Halim


Pengarang :