Penjawat awam mengimbas kod QR menggunakan sistem SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) ketika berada di Bangunan SUK Shah Alam pada 14 Mei 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Aplikasi SELangkah catat 10.7 juta log masuk

SHAH ALAM, 3 JUN: Aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) bagi menjejak kontak rapat jangkitan Covid-19 diakses sebanyak 10.7 juta kali sehingga 31 Mei lalu.

Dato’ Menteri Besar berkata aplikasi yang dilancarkan pada 4 Mei lalu kini dimanfaatkan 43,414 premis berdaftar di seluruh Selangor termasuk negeri lain di Semenanjung Malaysia.

“Terus menggunakan sistem SELangkah bagi melindungi diri anda menjalani norma baharu kehidupan. Amalkan disiplin dalam penjarakan sosial dan penggunaan sistem SELangkah demi kesejahteraan bersama,” tulis Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

SELangkah diperkenalkan bagi menggantikan sistem catitan menggunakan pen dan kertas selain membantu Jabatan Kesihatan Negeri mengesan kontak wabak.

Tidak mendedahkan butiran peribadi pengguna, aplikasi tersebut sebaliknya hanya merekodkan masa dan tempat dikunjungi seseorang individu.

Penggunaannya di luar Selangor membabitkan rangkaian premis perniagaan antaranya 7-Eleven, Al-Ikhsan Sports, Giant Hypermarket, JM Bariani House, F&N Coca Cola (M) Sdn Bhd, Coffee Bean & Tea Leaf, SP Setia dan Chilli’s.


Pengarang :