Dato’ Seri Amirudin Shari ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Unit Pangsapuri Selangorku Seri Temenggong di Batu Caves pada 27 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB: Projek rumah terbengkalai akibat PKP dipantau

BATU CAVES, 27 JUN: Selangor memantau rapat semua projek perumahan terbengkalai di negeri ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebahagian projek tertangguh disebabkan pemaju berdepan tekanan akibat perintah kawalan.

“Kita juga akan melihat sama ada terdapat kesan tambahan kepada jumlah projek perumahan terbengkalai selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Ini kerana selepas PKP mungkin ada beberapa projek yang tidak boleh bertahan disebabkan pemaju berdepan tekanan kuat. Namun, kita berharap Lembaga Perumahan Hartanah Selangor dan EXCO berkaitan dapat meneliti hal ini,” katanya selepas penyerahan surat tawaran Pangsapuri Selangorku Seri Temenggong di tapak projek berkenaan hari ini.

Pada 14 Februari lalu, media melaporkan 159 projek perumahan terbengkalai di Selangor membabitkan 32,755 unit rumah yang dikenal pasti dibina pada awal 90-an.

Pada 2009, Kerajaan Selangor mewujudkan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai Selangor serta mewujudkan pangkalan data berkenaan projek tersebut.


Pengarang :