Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan delegasi bergambar bersama pelajar ketika mengetuai lawatan ke pejabat MARA di Mesir pada 23 September 2019. Foto Facebook Amirudin Shari
PENDIDIKANSELANGOR

MB: RM50,000 jayakan Program Bakul Makanan bantu pelajar di Mesir

SHAH ALAM, 18 JUN: Selangor memperuntukkan RM50,000 bagi membantu pelajar negeri ini yang terkandas di Mesir susulan penularan Covid-19.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peruntukan tersebut untuk menjayakan Program Bakul Makanan yang memberi manfaat kepada 600 pelajar.

“Kerajaan Negeri memantau perkembangan mereka dari hari ke hari selain akan mempertimbangkan tindakan selanjutnya selepas ini.

“Susulan kunjungan hormat bertemu Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein tempoh hari, Kerajaan Negeri akan bekerjasama rapat Wisma Putra dalam perkara ini,” kata Dato’ Menteri Besar dalam kenyataan media hari ini.

Amirudin berkata Kerajaan Selangor menghargai kesediaan Wisma Putra untuk membantu terutama jika berlaku perkara melibatkan pelajar tajaan Selangor yang memerlukan tindakan lanjut.

“Kerajaan Negeri kini dalam peringkat akhir untuk merumuskan pelan pemulihan ekonomi yang dijangka diumumkan menjelang Julai 2020,” katanya.


Pengarang :