Dato’ Seri Amirudin Shari bersama warga Sungai Tua di Jelajah Silaturrahmi Daerah Gombak pada 12 Jun 2020. Foto: Twitter: Dato’ Seri Amirudin Shari
BERITA UTAMASELANGOR

MB: RM50,000 kepada SMK Sungai Kertas, bina infrastruktur

SHAH ALAM, 12 JUN: Dato’ Menteri Besar menyalurkan RM50,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kertas, Gombak hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan itu bagi membina infrastruktur sekolah tersebut demi keselesaan pelajar dan kakitangan.

“Bersama warga Sungai Tua di Jelajah Silaturrahmi Daerah Gombak. Menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Sungai Tua.

“Saya turut menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada SMK Sungai Kertas bagi tujuan pembinaan infrastruktur sekolah,” tulis beliau di Twitter.

Amirudin yang juga merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua turut menyerahkan bantuan kepada penduduk di kawasan itu bagi meringankan beban mereka.


Pengarang :