Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menunjukkan kain rentang mengenai kepentingan mengamalkan norma baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 Shah Alam. Foto MBSA
PBTSELANGOR

MBSA edar poster amal norma baharu di sekolah

SHAH ALAM, 25 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengedarkan kain rentang dan poster berkaitan norma baharu kepada sekolah di sekitar kawasan pentadbirannya.

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awamnya, berkata edaran percuma itu untuk mendidik guru dan pelajar kepentingan menjadikan norma baharu sebagai budaya bagi memutuskan rantaian Covid-19.

“…masyarakat kini perlu memainkan peranan penting dan menjadi ‘petugas hadapan’ dalam usaha bersama untuk memutuskan penularan wabak,” kata Shahrin Ahmad.

Hebahan itu memaparkan peringatan basuh tangan menggunakan air dan sabun atau cecair pembasmi kuman, menggunakan pelitup muka serta sentiasa memantau kesihatan.

Sekolah yang menerima edaran ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11 dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Ampuan Jemaah, Seksyen 11 Shah Alam.


Pengarang :