MPK bersama polis menggempur sebuah premis hiburan apabila beroperasi tanpa lesen dalam operasi bersepadu pada 19 Jun 2020. Foto: Majlis Perbandaran Klang
PBTSELANGOR

MPK gempur premis hiburan tanpa lesen

KLANG, 21 JUN: Sebuah premis hiburan di Bandar Botanik di sini digempur Majlis Perbandaran Klang (MPK) kerana beroperasi tanpa lesen dalam operasi bersepadu malam kelmarin.

MPK memaklumkan operasi bersama sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan mendapati premis terbabit tidak memperbaharui lesen bagi aktiviti ‘lounge’ (ruang rehat).

“Premis ini hanya memiliki lesen perniagaan untuk aktiviti restoran dan permit menjual arak sehingga 30 Jun 2020,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata tindakan sitaan dibuat mengikut kesalahan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995 (Pindaan 1998 & 2001).

“Kesemua barangan disita dibawa ke stor Jabatan Penguatkuasa dan diserahkan kepada Unit Stor untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


Pengarang :