PBTSELANGOR

MPK keluar 14 saman terhadap premis niaga ingkar

SHAH ALAM, 4 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan 14 tindakan pelbagai kesalahan terhadap premis perniagaan sekitar Jalan Selampit Taman Klang Jaya di sini semalam.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporatnya Norfiza Mahfiz berkata daripada jumlah itu sebanyak enam kompaun, dua notis dan enam amaran lisan dikenakan di bawah kesalahan Undang-undang Kecil Pembuangan, Pemungutan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 2007 iaitu tidak menyediakan tong sampah di premis.

“Kebanyakan premis ini juga tertakluk tindakan di bawah Seksyen 47 (D) Akta Parit Jalan Bangunan 1974 iaitu mengalirkan sisa makanan terus ke dalam longkang.

“Justeru, kami mengambil tegas isu ini dan berharap peniaga ingkar tidak melakukan kesalahan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Tindakan dan pemantauan itu dilaksanakan Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK berikutan aduan penduduk dan pihak berkuasa tempatan berterima kasih kepada masyarakat serta ahli majlis yang cakna mengenai kes berkenaan.


Pengarang :