Ketua Pegawai Bisnes Amal MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali (kanan) menyerahkan cek sumbangan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada Pegawai Daerah Hulu Langat, Yusri Zakariah (kiri) di Pejabat Daerah Hulu Langat, Bangi pada 9 Jun 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

MPKK Hulu Langat terima bantuan Aidilfitri Kerajaan Negeri

BANGI, 9 JUN: Seramai 744 setiausaha dan ahli biro Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Hulu Langat menerima bantuan Aidilfitri dari Kerajaan Negeri, hari ini.

EXCO Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata bantuan berjumlah RM223,200 itu membabitkan 62 kampung tradisi dalam daerah berkenaan.

“Semoga bantuan ini mengembirakan jawatankuasa MPKK yang sejak awal berusaha membantu Kerajaan Selangor mengekang penularan wabak Covid-19 dan sentiasa turun padang membantu penduduk,” katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri di Pejabat Daerah Hulu Langat, hari ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Hulu Langat, Yusri Zakariah dan Ketua Pegawai Bisnes Amal Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor, Mohd Jaafarudin Md Ali Al-Hafiz.

Pada 15 Mei Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan bantuan khas kewangan RM300 sekali bayar kepada setiausaha dan AJK Biro MPPK di 371 kampung tradisi membabitkan implikasi kewangan RM1.335 juta.


Pengarang :