Penyerahan alat inovasi pembasmi kuman daripada Dato Wong See Keong kepada Yang Dipertua MPKL Mohamad Zain A Hamid. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

MPKL terima sumbangan alat inovasi pembasmi kuman

SHAH ALAM, 11 JUN: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerima empat unit alat inovasi untuk mengurangkan aktiviti sentuhan ketika berurusan di MPKL.

Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, alat yang disumbangkan Persatuan Industri LED Malaysia itu juga mudah diaplikasikan.

“Alat berbentuk botol dan lampu pembasmi kuman itu merupakan inovasi terbaik sebab penggunaan bahan asas yang paling mudah. Ia juga senang digunakan, amat kreatif,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata lampu inovasi itu diletakkan di dalam bilik dalam tempoh satu jam bagi membasmi kuman menggunakan cahaya Ultraviolet.

Majlis penyerahan yang berlangsung hari ini turut dihadiri Pengarah Urusan Persatuan, Datuk Wong See Keong di Dewan Kompleks Sukan MPKL.


Pengarang :