Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Noraini Roslan ditemui media ketika Program Jom Jelajah Kampung Dalam Bandar MPSJ di Kampung Tengah, Puchong pada 20 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPSJ bantu 14 keluarga B40 terjejas Covid-19

PUCHONG, 20 JUN: Seramai 14 keluarga berpendapatan rendah (B40) di Kampung Tengah di sini masing-masing menerima sumbangan wang tunai RM100 dan barang keperluan asas, kata yang dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Noraini Roslan berkata bantuan melalui kutipan Tabung Amal Covid-19 bagi membantu meringankan beban keluarga yang terjejas berikutan pandemik itu dan mengagihkan barangan tanpa mereka perlu keluar dari rumah.

“MPSJ menyokong aspirasi kerajaan iaitu ‘no one left behind’ (tiada rakyat yang akan dilupakan) dengan tidak mahu ada golongan tercicir khususnya di kawasan perkampungan dan pangsapuri,” katanya selepas program Jom Jelajah Kampung Dalam Bandar MPSJ di sini hari ini.

Setakat ini, seramai 194 penerima memperoleh sumbangan melalui tabung khas itu daripada MPSJ.


Pengarang :