Suasana di sekitar Klinik Desa Sungai Lui pada 6 April 2020 menyaksikan barisan hadapan terdiri daripada jururawat dan doktor giat mengambil sampel daripada penduduk bagi ujian saringan Covid-19. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mukim Hulu Langat, Kajang kini zon hijau

SHAH ALAM, 24 JUN: Mukim Hulu Langat dan Kajang bebas kes aktif Covid-19 sekali gus diisytiharkan sebagai zon hijau hari ini.

Mengikut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor, semua daerah di negeri ini berada dalam zon kuning yang mencatatkan antara satu hingga 20 kes.

Sebanyak 37 mukim berada dalam zon hijau, 19 zon kuning dan sifar zon merah.

“Sikap bertanggungjawab iaitu mengamalkan norma baharu serta tidak melanggar tatacara operasi piawai (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kerajaan Negeri mampu menjadikan Selangor selamat daripada Covid-19,” tulis pasukan itu di Twitter malam ini.

Selangor mencatatkan lima kes baharu hari ini dengan jumlah keseluruhan 2,032 kes.

Kementerian Kesihatan menetapkan sesuatu kawasan sebagai zon merah jika kes lebih 41, zon jingga (21-40 kes), zon kuning (1-20 kes) manakala zon hijau sifar kes.


Pengarang :