AGENSISELANGOR

Muzium daerah dibuka mulai 1 September, pengunjung dijangka kurang

SHAH ALAM, 18 JUN: Semua muzium daerah di Selangor dibuka semula mulai 1 September, namun bilangan pengunjung dijangka turun 30 peratus susulan penularan Covid-19.

Pegawai Penerangan Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (Padat), Farhani Shamsudin berkata jangkaan dibuat berdasarkan rekod kehadiran antara Januari hingga Mac lalu.

“Bagaimanapun, jumlah pengunjung mungkin naik selepas September jika sektor pelancongan antarabangsa masih ditutup,” katanya yang turut memaklumkan galeri ditutup seminggu sekali untuk nyah kuman.

Beliau berkata hanya pengunjung berumur 13 hingga 65 tahun sahaja dibenarkan masuk dan lawatan secara berkumpulan tidak dibenarkan.

Sementara itu, Farhani berkata Muzium Sultan Alam Shah di Seksyen 14 ditutup sehingga 31 Disember ini untuk kerja naik taraf.


Pengarang :