Suasana di Pasar Borong Kuala Lumpur dilihat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu memakai pelitup muka ketika membuat urus niaga pada 6 Jun 2020. FOTO: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Pasar pagi, malam dan bazaria dibuka mulai 15 Jun

SHAH ALAM, 6 JUN: Kerajaan membenarkan pasar pagi, pasar malam dan bazaria di Wilayah Persekutuan menjalankan perniagaan mulai 15 Jun ini, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setiap pasar perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) yang ketat termasuk hanya menggunakan satu laluan masuk dan keluar seperti mana dipersetujui Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Kesemua pengunjung perlu diperiksa suhu badan dan peniaga pula perlu menggunakan aplikasi MySejahtera Kementerian Kesihatan (KKM).

“Setiap gerai juga diletakkan dengan jarak di antara 1.5 meter hingga ke dua meter dan lokasi kesemua pasar ini perlu dijalankan dalam kawasan berpagar untuk mengawal laluan keluar masuk,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Waktu operasi pasar pagi akan bermula dari jam 6 pagi hingga 11 pagi, pasar malam 4 petang hingga 10 malam dan bazaria bermula jam 5 petang hingga 11 malam.


Pengarang :