Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Putrajaya.
AGENDANASIONAL

Patuh SOP merosot, orang ramai jangan ambil mudah

SHAH ALAM, 25 JUN: Pematuhan masyarakat terhadap tatacara operasi piawai (SOP) sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilihat semakin menurun, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia susulan terdapat beberapa premis perniagaan dan syarikat beroperasi tidak mengikut tatacara sepatutnya.

“SOP dan norma baharu sering ditekankan kerajaan sememangnya bertindak sebagai sistem pertahanan negara terhadap penularan Covid-19.

“Justeru, Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru orang ramai supaya tidak alpa dan mengambil mudah dengan pematuhan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata KKM berharap segala usaha selama ini untuk memutuskan rantaian penularan pandemik itu diteruskan semua peringkat dan lapisan masyarakat.

Baru-baru ini, terdapat penularan isu terlalu ramai pengunjung di Bukit Broga sehingga KKM mengeluarkan perintah penutupan kawasan pendakian itu mengikut Seksyen 18, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkuatkuasa Sabtu ini sehingga ke satu tempoh dimaklumkan kelak.


Pengarang :