Toyota Hilux terbabas ke Sungai Batang Nilai, Nilai kira-kira 11 pagi pada 18 Jun 2020. Foto: LUAS
AGENSISELANGOR

Pembersihan Sungai Batang Nilai elak dua loji proses air terganggu

SHAH ALAM, 18 JUN: Kerja mitigasi dilaksanakan segera ekoran kejadian Toyota Hilux terbabas ke Sungai Batang Nilai, Nilai pagi tadi.

Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dalam kenyataan media berkata kejadian itu menyebabkan minyak kenderaan mencemari sungai itu.

“Insiden tersebut berkemungkinan menyebabkan henti tugas LPA Sungai Labu dan LPA Salak Tinggi ekoran jarak tumpahan minyak ke LPA Sungai Labu 6.7 kilometer (km) manakala LPA Salak Tinggi 11.8 km,” katanya.

Katanya, pihaknya bersama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan agensi berkaitan kini sedang menjalankan siasatan dan tindakan mengatasi isu itu.


Pengarang :